Tuesday 12 April 2011

Lajukan Utorrent

Asalamualaikum,
ada orang tanya aku macam mana nak lajukan Utorrent punya download speed.
aku bukan lah reti sangat bab2 ni,
tapi aku boleh simpulkan kat sini:
1) Bergantung pada korang punya Kelajuan Internet, Kalau Dah Korang Pakai Broadband Biasa2 jer, memang susah lah nak dapat download speed bagus.
2) Bergantung gak pada jumlah Seed dan Peers untuk torrent tu, kalau kene seeder and peers ramai, boleh jadi laju, kalau kene sikit, memang lambat lah.
3)Korang kene pandai setting torrent korang, selalunya korang kene setting port korang.

Port ni memainkan peranan besar tuk torrent. aku tak tahu macam mana nak terangkan, tapi kalau port korang open, download speed korang boleh laju. tapi kalau port korang tutup, memang lambat.
kat sini aku akan ajar macam mana korang nak bukak port korang, tp untuk pengguna Utorrent jer lah, kalau korang guna azereus ker, bitcommet ker, mintak maaf lah sebab aku tak guna yang tu. tapi method boleh jadi sama jer macam utorrent.


1) Step Pertama
korang kene tahu dulu korang punnya utorrent pakai port apa.


Korang klik pada butang option, lepastu preference dan connection. (option-preference-connection)


Pastikan Yang Kotak Enable UPnP tu Tidak Ditanda, Salin No. Port Anda Dimana-mana Dahulu Sebagai Contoh Gambar Dibawah 6112.



2)Step Kedua
Korang Kene Set Ip Address Korang Ke Static.

First: Bukak Run dan taip cmd.


Second: taip ipconfig /all



Third: Korang Salin Ipv4 Address, Subnet Mask, Default Gateway dan DNS Server kat Mana-Mana.


Keempat: Bukak Control Panel dan Klik Pada View Network Status and Task


Kelima: Klik pada Chang Adapter Setting

 

Keenam: Klik Pada Internet Connection Yang Korang Pakai Sekarang, Pergi Ke Properties.


Ketujuh: Klik Pada Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4) dan kemudia Klik Pada Properties.


Kelapan: Klik Pada Use The Following Ip Address dan Masukan Maklumat Yang Disalin Pada Step Ketiga.
Akhir Sekali Tekan Butang Okay, Dan Internet Connection Korang akan Automatik Restart Dan Menggunakan Static Ip Address.


3) Step Ketiga

Bukak Mana-Mana Browser Korang dan Masukan Defaul Gateway Korang Ke dalam Address bar.


Kemudian, Masukan Username dan Password Router Korang, Selalunya Username dan Password Yang Digunakan Adalah Admin, Kalau Korang Tak Boleh Log In Masuk, Korang Boleh Tanya Username dan Password pada Ahli Keluarga Korang yang Setting Router Masa First Time Dorang Pasang Internet.


Klik Pada Butang Forwarding Kat Tepi tu.


Kemudian Klik Pada Virtual Server dan Add New.


Sekarang, Masukan No. Port Utorrent Korang pada Service Port, Kemudian Masukan Static Ip Address Korang, Yang Lain Biarkan. Klik Pada Butang Save.


Sekarang Secara Automatik, Port Korang Akan Setting Secara Automatik. Korang Boleh Pergi Ke Utorrent, Dan Check Sama Ada Port Korang Dah Open Atau Belum. Kalau Tanda Right Pada Bulatan MErah Seperti Dibawah Berwarna Hijau, Itu Bermaksud Yang Korang Dah Berjaya, Dan Kemungkinan Korang Untuk Mendapat Download Speed Macam Kat Gambar Adalah Tinggi.


 Sekiranya Korang Guna Router Lain Daripada Contoh Diatas Korang Boleh Pergi Ker Portforward Untuk Tahu Cara-Cara Setting Router Korang, Dan Kalau Korang Tak Tahu Defaut Username dan Password Router, Korang Boleh Pergi Ker Sini Untuk Tahu .
Kalau Ada Apa2 Pertanyaan, Boleh Comment.
Sekian, Salam.

No comments:

Post a Comment